Wednesday 14 March 2012

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Dr. Suppiah a/l Nachiappan kerana telah memberi ilham kepada saya untuk membuat blog. Blog ini telah dicipta pada waktu awal pagi, di muka pintu rumah sebelum berlangsungnya kuliah di sebelah petang kerana ktidakupayaan laptop saya mendapat signal wifi yang jelas.

Ujar Dr Suppiah lagi, teknik menghantar tugasan melalui blog ini dapat menjimatkan wang. Dengan berbekalkan laptop usang dan bateri yang kong serta kelajuan wifi macam siput, saya berusaha untuk menyiapkannya.

Walau apa pun, perjuangan harus diteruskan. Bersama lah kita berjuang, selagi hayat dikandung badan. Dr Suppiah berulangkali bercerita mengenai kesungguhan seorang Cikgu Jo yang berusaha memujuk anak muridnya, Daneng untuk terus melanjutkan pelajaran. Akhirnya Daneng mengecapi kejayaan yang hakiki. Di saat bertemu kembali dengan gurunya Daneng menyatakan "siapalah saya tanpa bantuan cikgu".

Dr Suppiah juga telah berpesan agar pelajarnya menanam pokok cili berbanding tumbuhan lain. Ini adalah kerana cili adalah tanaman yang tidak bermusim dan boleh menampung perbelanjaan tanpa perlu berkunjung ke pasar untuk mendapatkan cili.


Ujar beliau lagi, 1000 kekasih belum mampu menandingi kasih seorang ibu@bapa. Sekian.


p/s: ada benda yang aku tokok tambah sebab aku da lupa..durjana la weiii